3 Suspek Pecah Kedai Serbaneka 24 Jam Di Sandakan Ditahan

SANDAKAN: Polis berjaya menahan tiga lelaki dipercayai suspek utama yang memecah masuk kedai 24 jam di Bandar Megah Jaya, di sini, Isnin lalu.

Semua suspek ditahan sepasukan polis daripada Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sandakan di kawasan parit BDC, Jalan Buli Sim-Sim di sini, awal pagi tadi.

Sebelum ini, media melaporkan sebuah kedai 24 jam dipecah masuk dan menyebabkan pemilik kerugian kira-kira RM5,000.

Turut dirampas daripada suspek adalah dua bilah pisau, sebilah pisau kerambit dan satu paket plastik jernih disyaki syabu.

Ketua Polis Daerah Sandakan, Asisten Komisioner Mohd Azhar Hamin mengesahkan penahanan semua suspek.

Beliau berkata, siasatan awal juga mendapati mereka terbabit dengan beberapa kes jenayah curi, samun dan pecah rumah di daerah ini.

Kes disiasat mengukut Seksyen 457 Kanun Keseksaan, Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Peraturan 11(1) Peraturan-peraturan Pencegahan dan Kawalan Penyakit Berjangkit. – BorneoToday

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *