Pemandu Patah Kaki Kemalangan Di Tambunan

Pasukan bomba mengeluarkan mangsa tersepit di simpang Kampung Tikolod, Tambunan. – Foto Ihsan Bomba

TAMBUNAN: Seorang wanita berusia 28-tahun patah kaki kiri dalam satu kemalangan jalan raya di simpang Kampung Tikolod, Tambunan.

Berdasarkan kenyataan media dikeluarkan Pusat Gerakan Operasi Bomba Sabah menerima panggilan kecemasan pada pukul 5:25-petang tadi dan Balai Bomba dan Penyelamat Tambunan telah ke tempat kejadian sejauh 13-kilometer diketuai PBK II Ajis Ajab bersama lima anggota.

Pasukan bomba mengeluarkan mangsa tersepit di simpang Kampung Tikolod, Tambunan. – Foto Ihsan Bomba

Ketua Operasi memaklumkan kemalangan melibatkan sebuah kenderaan jenis Toyota Vigo tanpa muatan yang terbabas sendiri sebelum melanggar penghadang jalan.

Mangsa tersepit dikeluarkan pasukan Bomba dan diberi rawatan awal oleh pasukan Emergency Medical Rescue Services (EMRS) sebelum dihantar ke hospital. Operasi tamat sepenuhnya pada pukul 6:10-petang.

Pasukan bomba mengeluarkan mangsa tersepit di simpang Kampung Tikolod, Tambunan. – Foto Ihsan Bomba

Sumber: BERITA RTM SABAH / Foto : Bomba Negeri Sabah

1832