“Nda Pandai Jerak…”

Lokasi kedua-dua lelaki itu ditahan. Gambar Ihsan Poilis

LAHAD DATU: “Nda pandai jerak”… itulah ungkapan yang sesuai kepada dua lelaki di Lahad Datu yang pernah ditangkap sebelum ini kerana melanggar Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sekali lagi ditangkap kerana ingkar perintah sama semalam.

Dalam kejadian 4.40 petang itu, suspek, masing-masing berusia 19 dan 25 tahun, dan bekerja sebagai pembantu kedai ditahan ketika merayau di kawasan Cenderawasih.

Ketua Polis Daerah Lahad Datu, Asisten Komisioner Nasri Mansor berkata, sebelum kejadian, sepasukan anggotanya terserempak suspek menaiki motosikal di kawasan berkenaan.

Menurutnya, anggota bertugas kemudiannya menahan lalu membuat pemeriksaan.

“Sebaik ditanya tujuan mereka, suspek mengatakan ingin membeli kopi. Namun, jawapan suspek didapati tidak munasabah kerana tempat tinggal mereka didapati lebih dari 10 kilometer dari tempat tinggal.

“Susulan itu, keduanya ditahan lalu dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Lahad Datu untuk siasatan lanjut.

“Siasatan mendapati, keduanya pernah ditangkap kerana melanggar PKP pada Rabu lalu. Namun dibebaskan pada Jumaat,” katanya dalam satu kenyataan media, hari ini.

Nasri berkata, siasatan diteruskan mengikut Seksyen 269 Kanun Keseksaan, Seksyen 22(b) Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342) dan Peraturan 3(1) Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah Dalam Kawasan Tempat Berjangkit) 2020.

SumbeR: Harian Metro

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *