COVID-19: 10 Kes Di Sabah Hari Ini, 33 Telah Pulih

KOTA KINABALU: Kes baharu positif Covid-19 yang dilaporkan di Sabah bertambah 10 kes dengan hanya tiga daerah menunjukkan peningkatan kes.

Menteri Kesihatan & Kesejahteraan Rakyat, Datuk Frankie Poon melaporkan, dengan pertambahan itu, jumlah kes Covid-19 di Sabah sehingga kini adalah 225 kes berbanding 215 kes semalam.

Jumlah kes yang telah pulih adalah sebanyak 33 orang.

Setakat hari ini, daerah Tawau yang melaporkan satu kes kematian sebelum ini mencatatkan kes positif Covid-19 paling tinggi. dengan 67 kes, berlaku pertambahan empat kes baharu.

Kemudian diikuti Lahad Datu 38 kes, dengan dua kes baharu.

Turut menunjukkan pertambahan kes adalah di Tuaran, dengan empat kes baharu menjadikan jumlah kes di daerah ini menigkat kepada 16 kes.

Manakala daerah seperti Kota Kinabalu, Sandakan, Kinabatangan, Beaufort, Kunak, Putatan, Kota Belud Sipitang, Papar, Ranau, Penampang, Semporna dan Tambunan tidak menunjukkan sebarang peningkatan kes pada hari ini.

Sehingga kini, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melaporkan 57 kematian di seluruh Malaysia termasuk empat kes kematian baharu yang dilaporkan hari ini.

KKM melaporkan 150 kes baharu, menjadikan jumlah keseluruhan 3,483 kes. Termasuk 915 kes yang sudah pulih, setakat ini.

Seramai 99 pesakit kini ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan daripada jumlah itu, 50 memerlukan bantuan alat pernafasan. – BorneoToday

2955