Percuma, Ambil Satu Sahaja Untuk Setiap Rumah

Beberapa pemilik rumah di Kampung Kampung Pogunon, Penampang menggantungkan sumbangan barangan basah pada pagar atau diletakkan atas meja khas bersama nota di hadapan rumah masing-masing bagi membantu golongan memerlukan sepanjang PKP di kampung terbabit.

KOTA KINABALU: Beberapa dipercayai di Kampung Pogunon, Penampang mengambil inisiatif memberikan barangan keperluan asas harian secara percuma kepada individu atau keluarga setempat yang memerlukan berikutan pelaksanaan perintah kawalan pergerakan (PKP).

Antara barangan berkenaan termasuklah ikan segar, sayur-sayuran dan buah-buahan.

Menerusi gambar yang dimuat naik oleh laman sosial Facebook ‘Bosku Urang Kita Sabah’ menunjukkan pemilik beberapa rumah di kampung itu menggantungkan sumbangan pada pagar atau diletakkan atas meja khas di hadapan kediaman masing-masing.

Beberapa pemilik rumah di Kampung Kampung Pogunon, Penampang menggantungkan sumbangan barangan basah pada pagar atau diletakkan atas meja khas bersama nota di hadapan rumah masing-masing bagi membantu golongan memerlukan sepanjang PKP di kampung terbabit.

Semua barangan mentah terbabit turut disertakan nota yang memaklumkan keperluan asas tersebut adalah percuma dan setiap rumah hanya boleh mengambil satu plastik bagi setiap jenis barang.

Inisiatif mereka itu juga tular di media sosial dan menerima pujian serta dan komen positif netizen.

Beberapa pemilik rumah di Kampung Kampung Pogunon, Penampang menggantungkan sumbangan barangan basah pada pagar atau diletakkan atas meja khas bersama nota di hadapan rumah masing-masing bagi membantu golongan memerlukan sepanjang PKP di kampung terbabit.

Harian Metro

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *