Suami Bakar Isteri Dalam Lori

Machrizal (tengah) ditahan polis Balikpapan ketika bersembunyi tidak jauh dari lokasi kejadian. Agensi

BALIKPAPAN: Rasa tercabar akibat kerap dimarahi isteri dengan kata kesat, seorang suami di Kalimantan Timur, Indonesia tergamak sanggup membakar kejam wanita itu.

Memetik laporan portal Kompas, suspek, Machrizal Pahlevi, 42, membakar isterinya, Eviana Ros, 30, di dalam lori yang diparkir di Jalan Manunggal, di sini.

Mangsa dibakar kejam dalam lori yang diparkir.

Difahamkan, kedua-duanya bertengkar dalam lori berwarna kuning yang berakhir tragedi itu.

Suspek ditahan polis Balikpapan ketika bersembunyi tidak jauh dari lokasi kejadian.

Dakwa suspek, isterinya kerap memarahinya tanpa sebab hingga kadangkala mengeluarkan kata kesat.

Ketua Polis Balikpapan Selatan, Harun mengesahkan kejadian dan siasatan lanjut dilakukan.

Katanya, pihaknya menjangkakan pembakaran itu dirancang suspek lebih awal berdasarkan kelengkapan yang disediakan.- Agensi

1521