COVID-19: Hanya Satu Kes Baharu Di Sabah

KOTA KINABALU : Rakyat Sabah mendapat sedikit kelegaan selepas laporan harian Covid-19 yang dikeluarkan petang ini mendapati Sabah hanya mencatatkan satu kes baharu hari ini berbanding sebelum ini.

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melaporkan, dengan pertambahan itu, jumlah kes Covid-19 di Sabah sehingga kini adalah 210.

Sehubungan itu, jumlah kes yang telah pulih meningkat kepada satu kes iaitu di Tuaran, menjadikan jumlah keseluruhan yang sudah pulih di negeri ini sebanyak 13 kes.

Setakat ini, hanya daerah Beaufort yang melaporkan kes baharu iaitu satu kes manakala daerah seperti Tawau, Lahad Datu, Kota Kinabalu, Sandakan, Kinabatangan, Tuaran, Kunak, Putatan, Kota Belud, Sipitang, Papar, Ranau, Penampang, Semporna dan Tambunan tidak menunjukkan sebarang peningkatan kes.

Sehingga kini, KKM melaporkan 50 kematian di seluruh Malaysia termasuk lima kes kematian yang dilaporkan hari ini.

Setakat ini, KKM melaporkan 208 kes baharu, menjadikan jumlah keseluruhan 3,116 kes termasuk 767 kes yang sudah pulih.

Seramai 105 pesakit kini ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan daripada jumlah itu 54 memerlukan bantuan alat pernafasan. – BorneoToday

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *