KOTA KINABALU : Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini, pada usia 79 tahun.
Menurut laporan NST, beliau meninggal dunia di Institut Jantung Negara (IJN), Kuala Lumpur. Difahamkan, Kurup tidak sihat sejak sekian lama.-ADVERTISEMENT-Ads by
Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu bersara daripada politik pada Januari tahun lalu selepas memegang jawatan Presiden PBRS sejak penubuhan parti itu.
Beliau digantikan anaknya, Datuk Arthur Joseph, 40, yang juga Timbalan Presiden PBRS merangkap Ahli Parlimen Pensiangan.
Mendiang adalah juga ahli pengasas Parti Bersatu Sabah (PBS) sebelum menubuhkan PBRS, komponen Barisan Nasional (BN) pada 1994.
Ahli politik veteran itu memegang beberapa jawatan menteri sepanjang karier politiknya selama lebih empat dekad.
Beliau adalah Timbalan Ketua Menteri Sabah antara 1986 dan 1990 dan sekali lagi dari 1994 hingga 1999.
Jawatan terakhirnya ialah Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Perpaduan dan Integrasi Nasional) antara 2013 hingga 2018. Beliau tidak mempertahankan kerusi Pensiangan pada PRU 2018, untuk memberi laluan kepada Arthur.
Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost