Patuhi PKP Jika Tidak Mahu Sambut Ramadhan & Aidilfitri Terjejas – Ismail Sabri

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

KUALA LUMPUR: Dengan Ramadan akan tiba tiga minggu lagi sebelum disusuli Aidilfitri pada akhir Mei, terpulang kepada orang ramai memastikan perintah kawalan pergerakan (PKP) tidak dilanjutkan dan rakyat boleh merikan perayaan itu, kata Menteri Pertahanan Ismail Sabri Yaakob.

“Ramai yang tertanya apakah PKP kedua akan dilanjutkan? Adakah pada bulan puasa PKP akan terus dilaksanakan? Bolehkah kita berhari raya dan sebagainya. Saya tahu ramai rakyat ingin kembali kepada kehidupan biasa,

“Yang boleh memastikan toada PKP ketiga atau keempat, dan membolehkan kita berhari raya seperti biasa, adalah tuan-tuan dan puan-puan sendiri,” katanya pada sudang media hari ini.

Ramadan dijangka bermula pada 23 April, hanya seminggu selepas tempoh PKP tampat. Aidilfitri dijangka pada 23 Mei

PKP yang bermula pada 18 Mac lalu pada mulanya dijangka tamat 31 Mac, namun dilanjutkan dua minggu lagi sehingga 14 April.

PKP kemungkinan dilanjutkan sekiranya jumlah jangkitan Covid-19 di negara ini tidak turun.

Melaka, Negeri Sembilan, dan Terengganu sebelum ini telah membatalkan bazar Ramadan untuk tahun ini.

Setakat semalam, Ismail berkata 742 orang ditangkap kerana melanggar PKP, iaitu penurunan dari 828 hari sebelumnya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *