Itali Rekod 10,779 Kematian, 97,689 Kes Jangkitan Positif Covid-19

Tentera Russia disembur dengan cecair nyah kuman selepas keluar daripada Pusat Penjagaan Honegger di Albino, Itali yang 35 pesakit d COVID-19 di rawat di situ mati. – Foto AFP

ROM: Wabak coronavirus (COVID-19) di Itali kini meragut 10,779 nyawa dengan jumlah kumulatif kes mencecah 97,689, menurut data dikeluarkan Jabatan Perlindungan Awam pada Ahad.

Sejumlah 756 pesakit COVID-19 meninggal dunia dalam tempoh 24 jam lalu, lapor agensi berita Xinhua.

Jumlah pesakit yang dirawat dalam unit rawatan rapi pula seramai 3,906 orang.

Tempoh perintah berkurung di Itali yang bermula pada 11 Mac lalu akan berakhir 3 April ini. – BERNAMA

652