Warga Emas Ditahan Lakukan Seks Dengan Ayam

Pineda didakwa melakukan perbuatan tidak senonoh itu pada 26 Februari lalu. – Gambar Hiasan

Pihak berkuasa menahan dan didakwa seorang lelaki warga emas kerana melakukan hubungan seks dengan seekor ayam.

Lebih teruk lagi, Reinaldo Pineda, 69, turut melakukan ancaman keganasan selepas dibebaskan dari penjara.

Menurut laporan media The Clinch County News, dia kini berdepan tuduhan melakukan kekejaman ke atas haiwan selepas ditahan kerana melakukan perbuatan tidak senonoh terhadap seekor ayam.

Insiden itu dirakam dalam sebuah video yang tersebar di sebuah bandar kecil di Georgia, Amerika Syarikat (AS).

Menurut penyiasat polis James Smith, rakaman video menunjukkan Pineda melakukan perbuatan tidak senonoh itu pada 26 Februari lalu.

Pada 20 Mac lalu, Pineda turut didakwa kerana melakukan ancaman keganasan.

Dia melakukan perbuatan itu menerusi satu video yang turut tular di media sosial. 

SumbeR: Dailystar.co.uk

943