Lelaki Ditahan Ingkar PKP Di Tawau

Lelaki tempatan pihak berkuasa ditahan ingkar PKP

TAWAU: Padah ingkar arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), seorang lelaki tempatan berumur 34 tahun ditahan, di Taman Megah Jaya, di sini, semalam.

Dalam kejadian jam 5.30 petang itu, suspek ditahan selepas berada dalam sebuah kenderaan yang diletakkan di belakang kedai di situ.

Ketua Polis Daerah Tawau Asisten Komisioner Peter Umbuas berkata, berikutan penahanan itu, ia menyaksikan tangkapan pertama dibuat akibat ingkar sepanjang pelaksanaan MCO sejak 18 Mac lalu.

Keadaan di Pasar Besar Tawau awal hari ini.

“Terdahulu dua anggota polis melakukan rondaan rutin di kawasan berkenaan sebelum menemui sebuah kenderaan parkir di belakang premis kedai, Taman Megah Jaya.

“Sebaik dihampiri untuk pemeriksaan, kenderaan itu memecut laju menyebabkan polis terpaksa mengejarnya,” katanya menerusi kenyataan media, hari ini.

Kenderaan itu berhenti di bahu jalan sebelum seorang lelaki bertindak keluar dan cuba melarikan diri.

Menurut Peter, bagaimanapun, lelaki itu dilihat berpatah semula masuk ke dalam kenderaan  terbabit dan menguncinya dari dalam.

“Anggota polis kemudian bertindak mengarahkan lelaki itu keluar untuk pemeriksaan.

“Tiada kesalahan ditemui pada suspek dan dalam kenderaan terbabit,” katanya.

Tambah Peter, suspek juga dikatakan gagal mengemukakan alasan kukuh untuk berada di luar rumah selarah dengan arahan MCO.

Sehubungan itu, suspek ditahan dan kenderaan Proton Iswara Aeroback dirampas bagi membantu siadatan mengikut Seksyen 270 Kanun Keseksaan / Peraturan-Peraturan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah Di Dalam Kawasan Tempat Jangkitan) 2020.

Menurut Peter, suspek kini direman selama tiga hari bermula hari ini sehingga 31 Mac depan.

Sementara itu, tinjauan di sekitar bandar Tawau mendapati bilangan orang ramai semakin bertambah sehingga menyebabkan kesesakan lalu lintas sekitar Pasar Tanjung dan beberapa pasar raya dipercayai bertujuan mendapatkan bekalan barangan dapur.

Bagaimanapun, situasi itu menimbulkan kebimbangan sehingga memaksa pihak berkuasa memberikan amaran kepada orang ramai untuk mematuhi MCO.

Selain itu, wartawan juga mendapati banyak kenderaan diparkirkan di kawasan premis yang ditutup serta jauh dari pasar raya dan pasar basah menunjukkan penduduk di daerah ini mula tidak mengendahkan arahan MCO.

SumbeR: BorneoToday

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *