Gambar Lokap Tular Bukan Di Penampang

gambar yang tular di media sisoal

PENAMPANG: Polis menafikan gambar tular di media sosial Facebook dan aplikasi WhatsApp yang memaparkan situasi tahanan dalam Lokap Balai Polis Penampang, baru-baru ini.

Ketua Polis Daerah Penampang, Deputi Superintendan Mohd Haris Ibrahim berkata, gambar itu dimuat naik oleh pemilik akaun Facebook ‘Faizal Hussin’ yang menyatakan ‘apa macam tinggal di sini (lokap) siok (seronok) kah… kerana kedegilan dan keras kepala merasa jua kamu tinggal di lokap’.

“Polis Penampang menafikan sekeras-kerasnya mengenai hantaran yang dimuat naik melalui FB oleh individu itu.

“Ia bukanlah berlaku di lokap Balai Polis Penampang seperti yang didakwa oleh pemilik akaun FB terbabit,” katanya menerusi kenyataan media, hari ini.

Mohd Haris berkata, pihaknya telah terkesan mengenai penularan beberapa imej yang memaparkan situasi tahanan dalam lokap berkenaan kerana ia menyebabkan ketakutan dan kegentaran kepada orang awam dalam situasi ketik negara dilanda wabak Covid-19.

“Individu yang memuat naik hantaran itu sudah dikenal pasti seorang lelaki berusia 40-an warga tempatan.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 505 (b) Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia (AKMM)1998,” katanya.

Sehubungan itu, Mohd Haris menasihati orang ramai supaya tidak menyebarkan kenyataan palsu yang boleh mencemarkan imej pihak berkuasa dan mengganggu gugat ketenteraman awam.

Terdahulu, beberapa keping gambar tular di media sosial dan aplikasi WhatsApp sejak semalam, memaparkan situasi dalam lokap yang tidak diketahui lokasi dan terdapat orang berada di dalam lokap berkenaan. Berita Sabah

1059