JHEAINS Pantau Masjid, Surau Ingkar PKP

JHEAINS Tawau, bersama agensi lain membuat pemantauan di masjid dan surau di sekitar daerah ini, hari ini. Foto Ihsan JHEAINS

TAWAU: Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (JHEAINS) Tawau melakukan pemantauan terhadap beberapa masjid dan surau di daerah ini.

Ia susulan laporan yang diterima sebuah surau tidak berdaftar di Kampung Jati Kinabutan Besar, dekat sini, didapati mengadakan solat berjemaah minggu lalu.

Pegawai Tadbir Agama JHEINS Tawau, Kahar Sundu menjelaskan, pemantauan secara berkala mula dilakukan sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) berkuat kuasa 18 Mac lalu.

Beliau berkata, langkah pemantauan itu juga selaras dengan kenyataan Mufti Negeri Sabah serta arahan Pengarah JHEAINS terhadap pelanjutan penangguhan aktiviti masjid dan surau termasuk solat berjemaah dan solat jumaat sehingga 31 Mac 2020.

“Selain itu, pemantauan ini dijalankan sebagai maklum balas terhadap aduan yang diterima disamping memberikan penjelasan kepada jawatankuasa masjid atau surau yang masih berdegil dan enggan mematuhi arahan yang telah dikeluarkan.

“Bagaimanapun, setakat ini hasil pemantauan yang dijalankan tiada solat berjemaah atau solat Jumaat dijalankan manakala masjid dan surau yang ditegur dan berikan nasihat minggu lalu sudah mematuhi arahan yang diberikan,” katanya ketika dihubungi hari ini. – Harian Metro

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *