COVID-19: Satu Lagi Kematian Dilaporkan, Jumlah Terkini 24 Kes

PUTRAJAYA: Satu lagi kematian dilaporkan di Pusat Kesiapsiagaan dan Tindakan Cepat Krisis Kebangsaan (CPRC) menjadikan jumlah kumulatif kes kematian COVID-19 di negara ini sebanyak 24 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, berkata kes kematian ke-24 itu membabitkan seorang warganegara Malaysia berusia 35 tahun.

“Beliau sebelum ini mempunyai sejarah perjalanan ke Indonesia pada awal Mac 2020 dan mula bergejala lima hari sebelum dimasukkan ke Hospital Kuala Lumpur pada 18 Mac 2020.

“Hasil ujian pengesahan COVID-19 didapati positif pada 20 Mac lalu. Kesihatan beliau merosot hari demi hari dan disahkan meninggal dunia pada 26 Mac jam 9.30 malam tadi.

“Kementerian Kesihatan (KKM) mengucapkan takziah kepada ahli keluarga pesakit,” katanya yang berkongsi mengenai perkara berkenaan di Facebooknya.

421