COVID-19: Kematian Meningkat Kepada 26 Orang, 130 Kes Baharu

130 kes positif Covid-19 dilaporkan berbanding 235 kes semalam menjadikan jumlah keseluruhannya 2,161.

Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah mengumumkan 3 mangsa meninggal dunia akibat Covid-19 hari ini, tambahan 1 kematian membabitkan mangsa ke-24 berusia 35 tahun dilaporkan pagi tadi.

Beliau juga berkata sebanyak 130 kes positif dilaporkan berbanding 235 kes semalam menjadikan jumlah keseluruhannya 2,161.

“Sehingga kini terdapat pertambahan kematian berkaitan kes Covid-19 menjadikan jumlah kumulatif adalah sebanyak 26 kes kematian,” katanya dalam sidang media, hari ini.

Kes kematian ke 25 (pesakit 2,032) ialah lelaki tempatan berumur 83thn yg mempunyai latar belakang penyakit kronik. Beliau dirawat di Hospital Raja Permaisuri Bainun pd 25 Mac dan disahkan meninggal pd 26 Mac jam 6.55pm.

Kes kematian ke-26 (pesakit 1,321) lelaki tempatan 53thn. Beliau adalah kontak rapat kpd kes positif kes ke-1,309. Dirawat di Hospital Sg Buloh pd 22 Mac dan disahkan meninggal dunia 27 Mac jam 10.30am. Salam takziah drpd KKM kpd keluarga pesakit.