TERKINI: Seramai 215 Pesakit Covid-19 Sembuh & Dibenarkan Keluar Hospital

Kementerian Kesihatan Malaysia mengumumkan bahawa sejumlah 215 kes positif di Malaysia telah berjaya disembuh dan dibenarkan keluar hospital setakat jam 12pm, 26 Mac 2020.

KKM juga turut menyatakan bahawa, jumlah tersebut merangkumi 16 lagi pesakit terbaru yang juga turut dilaporkan telah sembuh dan discajkan.

Sekalung tahniah diucapkan kepada anggota kesihatan KKM di barisan hadapan.

Sumber: KKM

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *