TERKINI: Jumlah Kematian Akibat Covid-19 Meningkat Kepada 23 Orang

Penularan COVID-19 memperlihatkan jumlah kematian terus meningkat kepada 23 orang. Ia disahkan oleh Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Dr Noor Hisham Abdullah dalam sidang media sebentar tadi.

Menurut Dr Noor Hisham, kes kematian ke22 merupakan kes ke-1797 yang merupakan lelaki warganegara Malaysia berumur 48 tahun. Beliau mempunyai latar belakang penyakit kronik. Beliau menghadiri perhimpunan di Seri Petaling dan mempunyai kontak rapat dengan kes positif Covid-19. 

Manakala, kes kematian ke-23 merupakan kes ke-1840, lelaki warganegara Malaysia berumur 62 tahun dan mempunyai later belakang penyakit kronik. Kes beliau masih dalam siasatan sekiranya mempunyai kaitan dengan mana-mana kluster Covid-19.

Sumber: KKM

261