TERKINI: Lagi 172 Kes Baru Covid-19 Dilaporkan Di Malaysia

Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Dr Noor Hisham Abdullah mengumumkan bahawa terdapat 172 kes baru dilaporkan. Ini menjadikan kes keseluruhan yang terdapat di Malaysia termasuk 199 yang telah sembuh sebanyak 1,796 secara keseluruhannya.

Dalam 172 kes positif yang dilpaorkan hari ini, 71 daripadanya adalah daripada kes kluster Sri Petaling manakala yang lainnya masih sedang disiasat.

Sementara itu, 45 pesakit Covid-19 yang lain sedang dirawat di ICU termasuk 34 orang yang memerlukan alat bantuan pernafasan.

Sumber: KKM

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *