Jenazah Toh Puan Dayang Masuyah Selamat Dikebumikan

Tun Ahmadshah (tengah) menyiram air ke pusara isteri tercinta.

KOTA KINABALU: Jenazah isteri Yang Dipertua Negeri Sabah Kesembilan Tun Ahmadshah Abdullah iaitu Toh Puan Dayang Masuyah Awang Japar selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Kampung Inanam Laut dekat sini, pada jam 11.45 pagi.

Allahyarhamah Dayang Masuyah yang koma selama tujuh bulan akibat serangan angin ahmar, menghembuskan nafas terakhir di Pusat Perubatan Prince Court Kuala Lumpur, kelmarin.

Tun Ahmadshah yang juga Pro Canselor Universiti Teknologi Mara (UiTM) mengiringi jenazah isterinya menerusi pesawat MAS (MH 2638), tiba di Terminal 2 Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu pada jam 8.50 malam kelmarin, sebelum dibawa balik ke kediamannya di Likas.

Terdahulu, jenazah dimandikan, dikafankan dan solat jenazah dipimpin oleh Imam Masjid Tun Ahmadshah Zakaria Muid.

Selain suami, Allahyarhamah Dayang Masuyah meninggalkan tiga anak lelaki dan seorang perempuan serta sembilan cucu.

SumbeR: Jabatan Penerangan Malaysia Negeri Sabah

504