“Orang Macam Korang Ni Elok Mati Dulu Kena virus (COVID-19) Ni” – Bengang Dikecam Netizen Sebab Upload Tiket Flight Melancong Ke Korea

Isu penularan wabak Covid-19 belum reda sepenuhnya. Terdahulu, kerajaan telah mengumumkan Perintah Kawalan Bergerak bermula 18 Mac 2020 sehingga 31 Mac 2020.

Namun begitu, pengumuman tersebut seperti tidak diendahkan, malah ada pula yang mengambil kesempatan untuk bercuti ke luar negara di saat ini.

Sepasang suami isteri dikecam netizen gara-gara masih berdegil melancong ke Korea. 

Di saat orang ramai masih lagi berhati-hati dengan wabak seperti ini, mereka dengan gembira melancong ke sana. Dikatakan, alasan yang diberikan oleh mereka kerana sudah terlalu teringin menjejakkan kaki ke sana.

Berang dengan kecaman netizen, si suami dikatakan memuat naik status yang menyatakan kematian sudah tertulis untuk setiap orang dan tidak perlu menyalahkan orang lain atas kematian yang berlaku. 

“Ini untuk orang yang akal pendek duk kecam-kecam orang je pandai. Harap orang-orang macam korang ni elok mati dulu kena virus ni.

Pandai cakap je lebih, pergi cermin diri tu sempurna ke tidak ahli syurga ke yang nak cakap itu ini hukum itu.

“Satu lagi nak pesan, mati itu pasti, kalau dah tertulis kau mati sebab virus jangan duk salahkan orang lain. Tu semua dah tertulis bila di mana dan bagaimana korang mati nanti…” tulis lelaki itu.

Satu tangkap layar perbualan si isteri juga tersebar. Berdasarkan perbualan tersebut, si isteri tersebut seperti tidak mengendahkan dengan keadaan yang berlaku. 

Terkini, dikatakan lelaki tersebut telah membuat permohonan maaf dan telah membatalkan penerbangan ke Korea.

“Assalamualaikum, untuk maklumat kaki kecam sebelum anda tambah dosa masing-masing, tabur fitnah sana sini, saya nak bagitahu yang saya dan wife saya minta maaf terlebih dahulu atas apa yang dah duk viral sekarang.

“Saya dan wife telah cancel perjalanan kami ke Korea pada malam tadi. Harap jelas lepas ni takde mana-mana duk kecam lagi atas apa yang terjadi.

Saya tahu mungkin semua rakyat Malaysia sedang penat atas ajal yang kunjung tiba sebab tu semua duk kecam lebih. Takut virus dari Allah.

Apa pun saya tak ambik hati. Saya maafkan semua yang duk kecam saya tu dan tabur fitnah….” tulisnya.

Sumber: Zul ZailanAmiraMarlisya

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *