Covid-19: Sabah Catat Kematian Pertama

Gambar Hiasan

TAWAU: Kes Kematian akibat jangkitan Covid-19 pertama di Sabah dilaporkan pada hari ini, (akhbar Harian Ekspress dijangka bakal memberi perincian).

Isteri kepada arwah mangsa memuat naik status kematian suaminya pada grup muslimah tawau di aplikasi whatsapp pada pukul 6.48 petang yang dilaporkan oleh harian ekspress.

Wanita berkenaan memberitahu pihak dailyexpress bahawa jenazah akan dikebumikan pada hari jumaat petang

Lelaki berusia 58 tahun itu adalah anggota tabligh yang menghadiri perhimpunan di masjid Sri Petaling baru-baru ini.

Kenyaatan Daripada Ketua Pengarah Kesihatan

Putrajaya, 20 Mac- Seorang lagi pesakit COVID-19 disahkan meninggal dunia petang tadi.

Berita berkenaan dimaklumkan oleh Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah di laman Facebok beliau.

“Dukacita dimaklumkan bahawa Crisis Preparedness and Response Centre (CPRC) Kebangsaan telah menerima laporan satu (1) kematian COVID-19 (kes ke-152) pada hari ini iaitu pada jam 6.27 petang, menjadikan jumlah keseluruhan kematian COVID-19 setakat ini tiga (3) kes.

“Kes ke-152 ini merupakan lelaki warganegara Malaysia berumur 58 tahun daripada kluster jemaah tabligh. Beliau telah dimasukkan ke Hospital Tawau pada 9 Mac 2020 dengan mengalami simptom Severe Acute Respiratory Infection.

“Beliau telah diberi bantuan mesin pernafasan dan dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) pada hari yang sama.

”Kesihatan beliau merosot hari demi hari dan telah disahkan meninggal dunia pada 20 Mac 2020 pada jam 6.27 petang. Takziah diucapkan kepada keluarga arwah,” katanya dalam satu kenyataan.

Sumber: DailyexpressNoor Hisham Abdullah (KP Kesihatan)

31873