SULAWESI: Cinta yang tidak mengenal usia menyatukan pelajar dan guru ini sebagai suami isteri.
Walaupun perbezaan umur mereka 14 tahun, Erwin Pangaila, 34, dan pasangannya Vinda Virginia, 20, percaya takdir menemukan mereka.
Berkenalan ketika Vinda masih belajar di tingkatan satu SMP Negeri 2 Tenga di Sulawesi Utara, Erwin mengakui dia sudah jatuh cinta dengan anak muridnya.
Oddity Central melaporkan, Vinda berusia 13 tahun ketika pertama kali terpaut hati melihat gurunya yang sedang menulis di papan hitam bilik darjahnya.
Dia kemudian memasang tekad untuk memenangi hati Erwin yang turut menjadi rebutan pelajar perempuan sekolah itu.
Bermula dengan kerap bertanya mengenai pelajaran akhirnya hubungan mereka membibitkan cinta, walaupun melalui pelbagai cabaran.
Pasangan itu percaya jika sudah jodoh, mereka akan bersama dan impian itu menjadi kenyataan apabila mereka disatukan sebagai suami isteri pada 5 Oktober 2018.
Mereka kerap berkongsi gambar romantik di media sosial bermula ketika sekolah sehingga berkahwin dan mempunyai anak perempuan, sekali gus menjadi bualan warganet.
Ada yang memuji cinta antara mereka hingga bertemu jodoh. – Agensi