Bapa Zahid AF2 Meninggal Dunia

Baharudin (kiri) meninggal dunia pada 4.16 petang tadi di Hospital Teluk Intan. Foto IG Zahid

PERAK: Penyanyi, Zahid Baharudin mengesahkan berita kematian bapanya, Baharudin Md Arif pada 4.16 petang tadi di Hospital Teluk Intan, Perak.

Zahid yang juga juara Akademi Fantasia 2 ketika dihubungi memaklumkan, bapanya ditahan di hospital selama 11 hari sejak 7 Mac lalu selepas terjatuh di rumahnya.

“Pada awalnya, arwah terjatuh di rumah dan ditahan di hospital sejak 7 Mac lalu. Doktor sahkan ada pendarahan dalam kepalanya,” katanya kepada Harian Metro.

Jenazah Baharudin, 70, akan dikebumikankan di Teluk Intan, esok.

“Inshaa-Allah, jenazah bapa saya akan disemadikan di Teluk Intan pada esok hari dan maklumat terperinci akan saya dikongsikan nanti kerana ada beberapa urusan yang perlu diselesaikan terlebih dahulu,” katanya.

Tiga hari lalu, Zahid memuat naik foto ayahnya dan memohon supaya rakan-rakan serta pengikut di laman sosialnya mendoakan kesejahteraan buat bapanya.

Ramai rakan artis dan kenalannya mula menitipkan ucapan takziah di akaun Instagram sejak petang tadi.

Sumber: Harian Metro

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *