TERKINI: 120 Kes Terbaharu COVID-19 Hari Ini, Jumlah Keseluruhan Jadi 673 Kes

KUALA LUMPUR: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengesahkan sebanyak 120 lagi kes terbaharu dilaporkan di Malaysia menjadikan 673 kes setakat ini.

95 daripada kes baharu itu berkait dengan kes kluster perhimpunan di Sri Petaling.

Manakala 7 lagi pesakit telah sembuh menjadikan 49 setakat ini.

KKM turut memaklumkan dua kes kematian pertama dicatatkan di Malaysia membabitkan  kes ke-178 dan kes ke-358.

Kes ke-178 merupakan seorang rakyat Malaysia berusia 34 tahun yang pernah menghadiri perhimpunan tabligh di Masjid Sri Petaling.

Manakala kes ke-358 merupakan seorang paderi warga tempatan yang berusia 60 tahun.

TERKINI: 17 Mac. 120 lagi kes baru dilaporkan di Malaysia menjadikan 673 kes.

95 drpd kes baru itu berkait dengan kes kluster perhimpunan di Sri Petaling.

Manakala 7 lagi pesakit telah sembuh menjadikan 49 setakat ini.

Kenyataan penuh menyusul.

— KKMPutrajaya (@KKMPutrajaya) March 17, 2020

Sumber: Kementerian Kesihatan Malaysia

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *