Sabah Aktifkan Jawatankuasa Bencana, Ambil Langkah Selepas Perintah Kawalan Pergerakan

KOTA KINABALU: Kerajaan Sabah telah mengaktifkan Jawatankuasa Bencana Negeri dan Daerah sebagai salah satu langkah menangani penularan wabak Covid-19 di negeri ini.

Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal berkata, beberapa langkah turut diambil membabitkan semua jabatan kerajaan negeri selaras dengan Perintah Kawalan Pergerakan yang dikeluarkan Kerajaan Persekutuan yang diumumkan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin malam tadi.

Berikut adalah kenyataan penuh beliau:

Selaras dengan kenyataan Perutusan Khas YAB. Perdana Menteri pada 16 Mac 2020 berhubung dengan Perintah Kawalan Pergerakan bermula pada 18 Mac 2020 hingga 31 Mac 2020 di bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342) dan Akta Polis 1967 (Akta 344), laranganlarangan berikut hendaklah dipatuhi:

1 . Larangan menyeluruh pergerakan dan perhimpunan ramai di seluruh negeri termasuk aktiviti keagamaan, sukan, sosial dan budaya. Untuk menguatkuasakan larangan ini, semua rumah ibadat dan premis perniagaan hendaklah ditutup, kecuali pasaraya, pasar awam, kedai runcit dan kedai serbaneka yang menjual barangan keperluan harian. Khusus untuk umat Islam, penangguhan semua aktiviti keagamaan di masjid dan surau termasuk Solat Jumaat adalah selaras dengan keputusan Mesyuarat Jawatankuasa Muzakarah Khas yang telah bersidang pada 15 Mac 2020.

2. Sekatan menyeluruh semua perjalanan rakyat Sabah ke luar negara. Bagi yang baru pulang dari luar negara, mereka dikehendaki menjalani pemeriksaan kesihatan dan melakukan kuarantin secara sukarela (atau self quarantine) selama 14 hari;

3. Sekatan kemasukan semua pelancong dan pelawat asing ke negeri Sabah;

4. Penutupan semua taska, sekolah kerajaan dan swasta termasuk sekolah harian, sekolah berasrama penuh, sekolah antarabangsa, pusat tahfiz dan lain-lain institusi pendidikan rendah, menengah dan pra-universiti;

5. Penutupan semua institusi pendidikan tinggi (IPT) awam dan swasta serta institut latihan kemahiran di seluruh negeri; dan

6. Penutupan semua premis kerajaan dan swasta kecuali yang terlibat dengan perkhidmatan penting negara (atau essential services) iaitu air, elektrik, tenaga, telekomunikasi, pos, pengangkutan, pengairan, minyak, gas, bahan api, pelincir, penyiaran, kewangan, perbankan, kesihatan, farmasi, bomba, penjara, pelabuhan, lapangan terbang, keselamatan, pertahanan, pembersihan, peruncitan dan bekalan makanan.

7. Adalah ditetapkan bahawa beberapa perkhidmatan awam Kerajaan Negeri dan perkhidmatan pihak swasta yang disenaraikan sebagai Essential Services yang diperuntukkan di bawah Jadual Pertama, Akta Perhubungan Perusahaan 1967 (Akta 177) adalah dibenarkan beroperasi. Walau bagaimanapun, bagi melancarkan pentadbiran negeri, perkhidmatan awam berikut akan diteruskan tertakluk kepada arahan dari semasa ke semasa

7.1 Perkhidmatan Awam Keraiaan Negeri

i. Jabatan Ketua Menteri

a. Jabatan Perhutanan Sabah (Bahagian Penguatkuasaan)

b. Jabatan Tanah dan Ukur (Bahagian Penguatkuasaan)

c. Pejabat Hal Ehwal Dalam Negeri dan Penyelidikan (Bahagian Pengawal Keselamatan, Pusat Operasi Bencana dan Minyak & Gas)

d. Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (Bahagian

Penguatkuasaan, Pelesenan, Kejuruteraan, Sisa Pepejal,

Kesihatan, Lanskap dan Kewangan)

ii. Kementerian Kewangan Sabah

a. Jabatan Bendahari Negeri — Urusan pembayaran

b. Jabatan Perkhidmatan Kompüter Negeri — Pengurusan sistem pembayaran

c. Bahagian Akaun, Bajet dan Perolehan Kementerian

Kewangan

iii. Kementerian Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar

a. Jabatan Hidupan Liar (Bahagian Penguatkuasaan, dan penyelenggaraan hidupan liar)

b. Taman-Taman Sabah (Bahagian Penguatkuasaan, dan penyelenggaraan taman-taman flora dan fauna)

c. Jabatan Perlindungan Alam Sekitar (Bahagian

Penguatkuasaan)

iv. Kementerian Kerajaan Tempatan dan Perumahan

a. Bahagian Akaun Kementerian Kerajaan Tempatan dan Perumahan, Lembaga Pembangunan dan Perumahan

Bandar & Jabatan Perancang Bandar dan Wilayah

b. Unit Kesihatan, Unit Pembersihan, Unit Akacın, Unit Kejuruteraan, Unit Lanskap dan Unit Penguatkuasaan

Pihak Berkuasa Tempatan

v. Kementerian Kesihatan dan Kesejahteraan Rakyat

a. Jabatan Perkhidmatan Kebajikan Am Sabah

i. semua pegawai yang bertanggungjawab mengenai bencana alam.

ii. Institusi kebajikan di bawah Jabatan ini temasuk rumahrumah orang tua, anak yatim dan autistik

vi. Kementerian Pertanian dan Industri Makanan serta agensi di bawahnya

a. Jabatan Pertanian Sabah (biosekuriti/kuarantin, pelesenan dan import eksport, penguatkuasaan, penyelenggaraan dan stesen penyelidikan)

b. Jabatan Perkhidmatan Veteriner (biosekuriti/kuarantin, pelesenan dan import eksport, penguatkuasaan, penyelenggaraan stesen penyelidikan dan haiwan ternak)

c. Jabatan Perikanan Sabah (biosekuriti/kuarantin, pelesenan dan import eksport, penguatkuasaan, penyelenggaraan stesen penyelidikan, ternakan ikan dan akuakultur)

d. Ko-Nelayan (penyelenggaraan ternakan ikan, akuakultur, dan pengagihan diesel bersubsidi)

e. Lembaga Industri Getah Sabah (Penguatkuasaan)

vii. Kementerian Perdagangan dan Perindustrian

a. – Power

viii. Kementerian Pembangunan Infrastruktur

a. Jabatan Kerja Raya (Teknikal, pemantauan

penyelenggaraan jalan raya dan pembangunan juga operasi perkhidmatan bekalan minyak kenderaan rasmi

Kerajaan)

b. Jabatan Air Negeri Sabah (Teknikal, penguatkuasaan, pemantauan, operasi empangan dan loji air)

c. Jabatan Pelabuhan dan Dermaga Sabah (Penguatkuasaan dan pemantauan pergerakan feri penumpang dan bot-bot pelancong di perairan)

d. Jabatan Keretapi Negeri Sabah (Perkhidmatan keretapi)

e. Jabatan Pembetungan Negeri Sabah (Teknikal, pemantauan dan operasi pembetungan)

Lembaga Pelabuhan-PeIabuhan Sabah (Pemantauan, teknikal dan operasi pelabuhan)

ix. Kementerian Undang-Undang dan Hal Ehwal Anak Negeri

a. Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (Bahagian

Penguatkuasaan)

x. Kementerian Pelajaran dan Inovasi

a. Sabah NET

Kerajaan Negeri akan memberi bantuan yang berpatutan kepada agensi-agensi yang terlibat dalam memberikan perkhidmatan penting negara (atau essential setvices).

PERINTAH SEKATAN IMIGRESEN

Kemasukan penduduk yang bukan berasal dari Negeri Sabah melalui pintu maşuk udara, laut dan darat adalah tidak dibenarkan kecuali mendapat kelulusan khas daripada Kerajaan Negeri dan mempunyai pengesahan kesihatan yang membuktikan individü tersebut bebas daripada wabak COVID-19.

ACARA RASMI KERAJAAN DAN AKTIVITI KEAGAMAAN

Semua acara rasmi Kerajaan Negeri dan berkepentingan Kerajaan Negeri adalah ditangguhkan dan dibatalkan termasuklah Peşta Kaamatan, Peşta Kalimaran dan Lepa-Lepa.

Sahibus Samahah Mufti Kerajaan Negeri Sabah telah mengambil ketetapan bahawa semua aktiviti di masjid dan surau di seluruh negeri Sabah termasuk solat Jumaat dan solat berjemaah tidak diadakan selama sepuluh (10) hari mulai 17 hingga 26 Mac 2020 bagi operasi pembersihan dan penyahkuman sebagai langkah keselamatan mengelakkan jangkitan.

Semua Ketua Agama di setiap rumah ibadah seperti gereja, kuil, tokong dan mana-mana rumah ibadah di Negeri Sabah turut dinasihatkan untuk melakukan operasi pembersihan dan penyahkuman untuk tempoh sepuluh (10) hari mulai 17 hingga 26 Mac 2020 sebagai langkah keselamatan mengelakkan jangkitan.

PENGAKTIFAN JAWATANKUASA BENCANA NEGERI DAN DAERAH

Kerajaan Negeri telah mengaktifkan Command Centre melalui Jawatankuasa Bencana Negeri bermula 12 Mac 2020 yang dipengerusikan oleh YB. Setiausaha Kerajaan Negeri.

Jawatankuasa Bencana Daerah turut diaktifkan di semua daerah yang akan dipengerusikan oleh Pegawai Daerah.

Kerajaan Negeri mengharapkan kerjasama daripada Jabatan Kesihatan Negeri Sabah untuk membekalkan data-data terkini dan terperinci berkaitan dengan wabak COVID-19 agar langkah-langkah diambil dengan cepat.

Saya menyeru kepada semua rakyat negeri Sabah agar sentiasa mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan tersebut. Ini adalah tanggungjawab yang mesti dilaksanakan sebagai rakyat yang prihatin terhadap keluarga, masyarakat, negeri dan negara kita. – BorneoToday

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *