
Kementerian Kesihatan Malaysia dalam tweetnya sebentar tadi memaklumkan Malaysia mencatatkan dua kematian pertama membabitkan pesakit COVID-19.
Dua kes berkenaan merupakan kes ke-178 dan kes ke-358.
Kes ke-178 melibatkan lelaki warga Malaysia berumur 34 tahun yang pernah hadir ke perhimpunan tabligh di Sri Petaling baru-baru ini.
Beliau bergejala mulai 5 Mac dan dirawat di Hospital Permai.
BERITA LANJUT MENYUSUL
TERKINI: Dua kematian #COVIDー19 iaitu kes ke-178 dan kes ke-358 dilaporkan di CPRC, hari ini, 17 Mac.
1. Kes ke-178 lelaki warga Malaysia berumur 34 thn yang pernah hadir perhimpunan tabligh di Sri Petaling.
Beliau bergejala mulai 5 Mac & dirawat di Hospital Permai
— KKMPutrajaya (@KKMPutrajaya) March 17, 2020
pada 12 Mac selepas positif COVID-19. Keadaan beliau merosot dan dimasukkan ke ICU. Beliau disah meninggal dunia hari ini.
2. Kes ke-358 lelaki warga tempatan 60thn mempunyai sejarah kronik. Mula bergejala pada 7 Mac dan dirawat Hosp. Umum Sarawak pd 14 Mac.
— KKMPutrajaya (@KKMPutrajaya) March 17, 2020
Sumber: Kementerian Kesihatan Malaysia