(VIDEO) 5 Warga Pakistan Bertumbuk Dengan 3 Lelaki Tempatan Ditahan

BELURAN: Tindakan seorang lelaki warga Pakistan membina pagar yang menghalang laluan penduduk mengundang padah sehingga mencetuskan pergaduhan dalam kejadian di

Kampung Ulu Sapi, di sini petang semalam.

Kejadian dipercayai berlaku kira-kira pukul 5 petang dan pergaduhan turut menyebabkan seorang lelaki mengalami cedera ringan.

Gambar dan rakaman video mengenai kejadian itu turut tular di laman sosial sejak semalam.

Ketua Polis Daerah Beluran, Superintendan Kasim Muda ketika dihubungi berkata, susulan kejadian itu, polis menahan lima warga Pakistan serta tiga lelaki tempatan berusia antara 21 hingga 66 tahun yang dipercayai terbabit dalam pergaduhan.

Katanya, siasatan awal mendapati kejadian berpunca daripada persempadanan tanah yang mana seorang daripada suspek warga asing itu membina pagar hingga menimbulkan rasa tidak puas hati penduduk.

“Perkara ini berlarutan beberapa hari sebelum berlaku pergaduhan.

“Suspek yang cedera menerima rawatan sebagai pesakit luar, sebelum direman bersama suspek lain,” katanya di sini, sebentar tadi.

Kes disiasat mengikut Seksyen 148 kanun Keseksaan kerana merusuh. – BorneoToday

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *