Dua Warga Asing Diberkas Terlibat Curi Motosikal

Polis berjaya tangkap dua orang suspek disyaki kes curi motosikal.

TAWAU; 10 MARCH 2020 (Selasa) – Polis berjaya memberkas dua lelaki dipercayai terlibat dalam kes curi motorsikal di kawasan Merotai menerusi operasi Ops Lejang di kampung Kinabutan Besar, batu-5 Jalan Apas Tawau, awal pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Tawau, ACP Peter Anak Umbuas dalam kenyataannya berkata, kedua-dua suspek masing-masing berumur 21 dan 23-tahun itu ditahan sepasukan polis Bombalai, polis Pondok Polis Kawasan (PPK) Merotai dan Brumas.

Polis berjaya tangkap dua orang suspek disyaki kes curi motosikal.

Semasa diberkas, kedua-dua suspek cuba melarikan diri bagaimanapun berjaya ditahan selepas berlaku pergelutan dalam operasi yang dijalankan selama 6-jam dan berakhir pukul 5-pagi tadi.

Katanya, suspek ditahan berdasarkan hasil maklumat, Sekaligus pihak polis percaya telah berjaya menyelesaikan tiga kes curi motorsikal yang berlaku di kawasan Merotai dalam tempoh 10-hari pertama bulan ini.

Sebaik suspek mengaku melakukan perbuatan curi motorsikal tersebut, polis yang dipandu arah oleh suspek menunjukkan kesemua tiga motorsikal yang telah dicuri termasuk terdapat motorsikal yang menjadi rangka dipercayai dibongkar oleh suspek.

Siasatan lanjut mendapati kedua-dua suspek tidak memiliki sebarang keterangan diri dan dipercayai berasal dari kampung Tanah Merah, Merotai.

Terdahulu katanya, berdasarkan rekod polis, seorang pengadu berumur 26-tahun telah membuat laporan polis menyatakan motosikal miliknya jenis Yamaha telah hilang di kawasan rumahnya di kampung Tanah Merah Merotai pukul 6 pagi, pada 1-mac lepas.

Sementara itu, sebuah lagi motorsikal jenis Honda dilaporkan hilang milik seorang lelaki berumur 59-tahun di kediamannya di kampung Simpang 3, Merotai Besar pukul 3-pagi, 7-mac.

Manakala motorsikal ketiga jenis Yamaha miliki individu lelaki 24-tahun dilaporkan telah hilang dikediamannya di kampung Tanah Merah Merotai, kurang 24-jam dari penahanan kedua-dua suspek diberkas iaitu dipercayai hilang pada pukul 3-petang, kelmarin.

ACP Peter berkata, berikutan itu pihaknya menahan kedua-dua suspek dan suspek dibawa ke Ibu Pejabat Polis (IPD) Tawau untuk tindakan lanjut.

Hasil serbuan tersebut, polis telah merampas tiga buah motorsikal iaitu dua motorsikal jenis Yamaha dan sebuah lagi motosikal jenis Honda. Kes tersebut disiasat dibawah Seksyen 379 Kanun Keseksaan.

#BESTAWAUfm

516