Stor Penyimpanan Perabot, Rumah Pekerja Musnah Dalam Kebakaran

Kilang perabot dan sederet rumah kongsi di Batu 8 Manggatal pagi tadi.

TUARAN: Sebuah stor penyimpanan perabot dan mesin perabot dan sederet rumah pekerja 10 pintu jenis tidak kekal musnah dalam satu kebakaran di Jalan Bypass Tuaran berhampiran CKS Menggatal, pagi tadi.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JPBM), Pusat Gerakan Operasi (PGO) menerima panggilan kecemasan mengenai kebakaran itu lebih kurang pukul 10 pagi melalui talian MERS 999.

Anggota bomba memadam api membabitkan kebakaran kilang perabot dan sederet rumah kongsi di Jalan Batu 8, Manggatal, Kota Kinabalu.

Pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat Lintas bergegas ke tempat kejadian dengan jarak 13KM daripada balai. Bantuan pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat Kota Kinabalu juga digerakkan ke tempat kejadian.

“Keseluruhan operasi diketuai Pegawai Bomba Kanan II Rozam bersama 24 anggota penyelamat dengan kekuatan logistik tiga buah jentera kecemasan Fire Rescue Tender (FRT), dua buah jentera kecemasan Water Tanker, sebuah jentera kecemasan Emergency Medical Rescue Services (EMRS), dan tiga buah Unit Bermotor Rapid Intervension Motorcycle (RIM),” kata jabatan itu dalam satu kenyataan.

Turut hadir di lokasi kejadian adalah Penolong Pengarah Bahagian Siasatan Negeri, Ketua Zon 1 Sabah, Pegawai Bahagian Operasi Negeri, Pegawai Penyiasatan Negeri, dan Pegawai Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Lintas.

kilang perabot dan sederet rumah kongsi di Batu 8 Manggatal pagi tadi.

“Operasi dapat dikawal pada jam 11 pagi dan tamat sepenuhnya pada jam 3.35 petang.

“Tiada kecederaan dan kemalangan jiwa dilaporkan. Punca dam anggaran kerugian masih dalam siasatan,” kata jabatan itu – BorneoToday

936