TERKINI: 14 Lagi Kes Terbaru Covid-19 Dilaporkan Di Malaysia

KEMENTERIAN Kesihatan Malaysia (KKM) menerusi satu tweet di Twitter @KKMPutrajaya melaporkan tentang penemuan 14 kes positif baharu COVID-19 di negara ini.

Menurutnya, sebahagian besar kes tersebut adalah dalam kontak rapat dan berkait dengan satu kes kluster, iaitu kes ke-26.

Ini bermakna, 21 kes positif dari kluster ini iaitu 14 kes hari ini dan tuju kes yang telah diumumkan semalam.

Sambungan pada thread menyatakan lagi, 50 kes setakat ini termasuk 22 yang telah sembuh dan discaj.

Pengesanan kontak rapat masih berjalan dan KKM berharap maklumat tepat diberikan ketika siasatan.

Kenyataan penuh KKM bakal menyusul.

Sumber: Twitter Kementerian Kesihatan Malaysia

998