2 Tahun Jaga & Siram Setiap Hari, Wanita Terkejut Pokok Bunga Ditanam Rupanya Pokok Palsu

Seorang wanita di Amerika Syarikat melahirkan rasa terkejut kerana tidak menyangka bahawa pokok Sukulen yang ditanamnya sejak dua tahun lalu rupa-rupanya adalah pokok palsu.

Caelie Wilkes, meluahkan perasannya itu menerusi satu perkongsian di status Facebooknya baru-baru ini.

“Saya sangat berbangga dengan pokok ini. Warnanya cantik dan sangat sempurna berbanding semua tanaman lain.

“Saya menyiramnya setiap hari. Jika ada seseorang yang mahu menyiramnya, saya akan sangat mempertahankannya kerana saya mahu pokok ini terjaga (kadar kuantiti air yang tepat).

“Saya sangat sayangkannya,” jelasnya.

Sehinggalah pada satu hari, dia mahu menukar pasu pokok tersebut dan mula menjumpai ‘sesuatu’ yang mengejutkan.

“Saya terjumpa sebuah pasu comel, ianya sangat sempurna.

“Jadi saya tarik (pokok itu) daripada bekas plastik asalnya.

Bagaikan tidak dijangka, pokok Sukulen itu ditanam bersama bahan Styrofoam yang digam bersama lapisan tanah di atasnya!

“Saya telah cuba yang terbaik untuk menjaganya, dan ia rupanya pokok plastik. Macamanalah saya tak tahu. Saya rasa selama dua tahun ini, saya ditipu,” luahnya dalam status itu lagi.

Statusnya itu mendapat ribuan share di Facebook dan menerima pelbagai respon yang melucukan dari netizen di ruangan komen, bahkan turut menjadi bahan berita di beberapa agensi media di seluruh dunia.

Ekoran kejadian lucu tersebut, dia telah menerima pelbagai koleksi pokok Sukulen baharu daripada The Home Depot sebagai hadiah pada pagi tadi.

Dan yang pasti, pokok baharu itu adalah real!

Sumber: Facebook Caelie WilkesDailymail

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *