Tiada Cuti Esok

Berita tular mengenai esok diisytiharkan sebagai cuti umum.

KUALA LUMPUR: Jabatan Perdana Menteri (JPM) menafikan berita tular mengenai esok diisytiharkan sebagai cuti umum sempena perlantikan Perdana Menteri kelapan hari ini.

Dalam kenyataan media di Kuala Lumpur hari ini, JPM meminta orang ramai agar menghentikan serta-merta penyebaran berita palsu itu.

“JPM mengesahkan bahawa berita yang tular berkaitan pengisytiharan cuti umum esok (Isnin) sempena perlantikan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri adalah palsu,” katanya.

Penularan berita mengenai cuti umum itu dikesan di laman sosial sebaik istiadat perlantikan Perdana Menteri kelapan selesai dijalankan di Istana Negara pagi hari ini.

Harian Metro

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *