14 Bayi Tahun Lompat Dilahirkan Tawau

14 BAYI TAHUN LOMPAT DICATATKAN DI TAWAU

TAWAU: Seramai 14 orang bayi direkodkan sebagai bayi tahun lompat selepas dilahirkan di Hospital Besar Tawau (HBT), di sini, semalam.

Pengarah HBT, Dr Norhalimah Arsad berkata, daripada jumlah itu, lima bayi lelaki dilaporkan, manakala sembilan lagi perempuan.

“Hanya tiga bayi warga negara asing dan 11 orang lagi adalah warga tempatan.

“Berdasarkan rekod, bayi paling awal dilahirkan di HBT pada jam 12.50 tengah malam, semalam, membabitkan seorang bayi perempuan,” katanya ketika dihubungi media, hari ini.

Menurutnya, semua ibu bapa bayi tersebut dianggap bertuah memandangkan anak lahir pada tarikh 29 Februari.

“Umum mengetahui tarikh ini hanya akan ‘muncul’ empat tahun sekali.

“Ini bermakna, bayi-bayi yang dilahirkan semalam adalah bayi tahun lompat,” katanya. – BorneoToday