Polis Lahad Datu Kesan Sekumpulan Lelaki Bantu Siasatan

Sekumpulan lelaki yang dikehendaki polis untuk bantu siasatan.

LAHAD DATU: Polis sedang mengesan sekumpulan lelaki yang terlibat dalam insiden pergaduhan di Kedai Tung Hing Harware, Bandar Sri Perdana, di sini.

Menurut Ketua Polis Daerah Lahad Datu Asisten Komisioner Nasri Mansor, suspek terbabit dikehendaki untuk membantu siasatan mengikut Seksten 147 Kanun Keseksaan.

“Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta tampil atau menyalurkannya ke balai polis berdekatan atau menghubungi polis di 089-881255 rujuk Sarjan Azmer,” katanya.

Dalam pada itu, laman media sosial Facebook Ibu Pejabat Polis Lahad Datu memuatkan naik video rakaman kamera litar tertutup berdurasi 2 minit 31 saat berhubung insiden pergaduhan yang berlaku pada Selasa jam 3 petang (seperti yang direkodkan dalam video itu).

Dalam video itu, seorang lelaki yang sedang membeli barang di kaunter kedai tiba-tiba didatangi sekumpulan lelaki terdiri lima orang lalu memukul dan menendangnya.

Peniaga yang melayan lelaki mangsa itu dilihat keluar dari kedai menolong meleraikan pergaduhan itu.

Mangsa kemudian kelihatan dipaksa beredar mengikuti kumpulan suspek itu.

SumbeR: Utusan Borneo

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *