Shafie Hadir Sendiri Ke Istana Negara, Bukan Hantar Wakil

Gambar Datuk Seri Panglima Haji Mohd. Shafie Apdal bersama Yang Di-Pertuan Agong Di Istana Negara baru-baru ini.

KOTA KINABALU: Jabatan Ketua Menteri (JKM) Sabah mengesahkan Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal hadir ke Istana Negara petang ini.

Dalam satu kenyataan dikeluarkan, JKM menafikan laporan yang mengatakan Mohd. Shafie hanya menghantar wakil dan telah ditolak oleh pihak istana.

“Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Panglima Haji Mohd. Shafie bin Haji Apdal telah hadir ke Istana Negara petang tadi dan melakukan perkara seperti yang dibuat oleh ahli-ahli Parimen yang lain.

“Adalah tidak benar mengatakan beliau telah menghantar wakil dan tidak diterima oleh pihak istana,” kata kenyataan itu.

Terdahulu malam ini, portal berita Free Malaysia Today melaporkan Mohd. Shafie telah menghantar wakil beliau ke Istana Negara.

Menurut portal tersebut, wakil berkenaan tidak diterima oleh pihak istana.

Beberapa agensi media lain seperti The Star, TV3 dan Bernama bagaimanapun melaporkan kehadiran beliau ke Istana Negara kira-kira pukul 5.30 petang tadi.

Sumber: BorneoToday

5670