PM Dijangka Bertemu Shafie Apdal Esok

Perdana menteri sementara, Dr Mahathir Mohamad dan Presiden Warisan, Mohd Shafie Apdal.

PETALING JAYA: Perdana menteri sementara, Dr Mahathir Mohamad dijangka bertemu Presiden Warisan, Mohd Shafie Apdal esok, kata Pejabat Perdana Menteri (PMO).

PMO dalam kenyataan juga memaklumkan Mahathir hari ini mengadakan perjumpaan dengan ketua-ketua parti politik di Pejabat Perdana Menteri, Putrajaya.

Antara yang hadir termasuk Anwar Ibrahim mewakili PKR, Lim Guan Eng mewakili DAP, Mohamad Sabu mewakili Amanah, Muhyiddin Yassin mewakili PPBM, Ahmad Zahid Hamidi mewakili Umno, Abdul Hadi Awang mewakili PAS, dan Abang Abdul Rahman Zohari Abang Openg mewakili Gabungan Parti Sarawak.

“Mahathir juga turut mengadakan pertemuan dengan Azmin Ali,” katanya.

Perkembangan ini ketika setiap seorang ahli Parlimen menghadap Agong hari ini, berhubung penubuhan kerajaan baru menyusuli peletakan jawatan Mahathir sebagai perdana menteri ke-7 semalam.

Sumber: FMT

3507