Blok Pembangkang Sepakat, Mahu Parlimen Dibubarkan

KUALA LUMPUR: Gabungan blok pembangkang pada Selasa sepakat Parlimen dibubarkan bagi menyelesaikan kemelut politik yang belum nampak tanda-tanda akan reda.

Menurut Setiausaha Agung UMNO, Tan Sri Annuar Musa, syor berkenaan dikemukakan selepas gabungan Muafakat Nasional mengadakan pertemuan sebelum menghadap Yang di-Pertuan Agong pada Selasa.”Maka setelah berbincang kami tidak boleh menyembunyikan daripada pengetahuan rakyat. Tidak perlu timbul teka-teki, mandat harus dikembalikan kepada rakyat dengan pembubaran Parlimen,” kata Anuuar dalam sidang media di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) sebentar tadi.

Turut serta dalam sidang media itu ialah Setiausaha Agung Pas, Datuk Takiyuddin Hassan dan Presiden MCA, Datuk Seri Wee Ka Siong.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *