Petugas Media Dapat KFC Daripada Agong

Petugas media menerima makanan daripada Datuk Nazim.

KUALA LUMPUR – Sekumpulan petugas media di pintu 2 Istana Negara di sini yang membuat liputan isu peralihan kuasa mendapat perhatian Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah ibni Almarhum Sultan Ahmad Shah hari ini.

Setiausaha Sulit Kanan Yang di-Pertuan Agong, Datuk Nazim Mohd Alim keluar dari pintu 2 bersama beberapa pegawai dengan membawa dua bungkusan makanan untuk diberikan kepada petugas media.

Petugas media yang berada di pintu tersebut sejak 8 pagi tadi.

515