KUALA LUMPUR: Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, didakwa akan menjadi Perdana Menteri sementara wanita pertama di Malaysia, susulan perletakan jawatan Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai Perdana Menteri ke-7 sebentar tadi.
Memetik sumber yang memberitahu Malay Mail, Dr Mahathir didakwa telah melantik Dr Wan Azizah sebagai Perdana Menteri sementara selepas beliau mengumumkan untuk keluar dari Pakatan Harapan.
”Wan Azizah adalah Perdana Menteri sementara,” kata sumber terdekat kepada Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika ditanya adakah beliau akan menggantikan Perdan Menteri.
Menurut Malay Mail, pada masa yang sama sumber turut memberitahu Datuk Seri Azmin Azli dan Zuraida Kamaruddin akan dipecat dari parti tersebut di mana perkara itu telah pun disahkan secara rasmi.
Source: Wan Azizah to be Malaysia’s first woman prime minister https://t.co/xLYFreJ9dY
— Malay Mail (@malaymail) February 24, 2020
Sumber : Malaymail