KOTA KINABALU: UMNO Sabah tidak ada sebarang halangan sekiranya berlaku perubahan oleh kepemimpinan parti pada peringkat pusat.
Pengerusi Perhubungan UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin, ketika dihubungi berkata pihaknya menerima jika parti memutuskan untuk menjalin kerjasama dengan mana-mana parti lain.
“UMNO Sabah tidak ada halangan sekiranya parti telah membuat keputusan untuk bekerjasama dengan mana-mana parti jika ia adalah untuk kebaikan negara dan rakyat.
“Perundingan pada peringkat nasional dan kami di Sabah adalah sebahagian daripada UMNO.
“Justeru, yang difikirkan perlu dibuat adalah terbaik untuk rakyat negara ini, kami tiada sebarang halangan,” katanya.
Sumber: Berita Harian