Anwar Ibrahim Mengadap Agong Esok

Anwar Ibrahim mendengar kuliah yang disampaikan Wan Salim Wan Noor di kediamannya pada Ahad. – Gambar Instagram YUSMADI YUSOFF

KUALA LUMPUR: Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan mengadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di Istana Negara, Kuala Lumpur esok.

Menurut setiausaha politiknya Farhash Wafa Salvador Rizal Mubarak, pertemuan itu dijadual diadakan pada pukul 2 petang.

“Ia sudah dirancang lebih awal,” kata Farhash seperti dilaporkan portal Malaysiakini.

Anwar yang disebut-sebut sebagai pengganti Tun Dr Mahathir Mohamad kini sedang berhimpun bersama penyokong-penyokongnya di kediamannya di Segambut.

Turut diadakan majlis bacaan Yassin dan doa selamat serta kuliah yang diketuai oleh Mufti Pulau Pinang, Datuk Seri Wan Salim Wan Noor.

Sumber: Awani

2258