Rumah, Kereta Dan Motosikal Musnah Dalam Kebakaran Di Kimanis

Satu blok rumah pekerja yang mempunyai 10 pintu dan sebuah kereta musnah dalam kebakaran di Batu 30, Kimanis, petang tadi.

KIMANIS: Api yang marak dengan cepat menyebabkan sebuah rumah pekerja jenis tidak kekal musnah dalam kebakaran di Batu 30, di sini, hari ini.

Kejadian yang berlaku lebih kurang jam 2 petang itu turut memusnahkan sebuah kereta jenis Perodua Alza dan sebuah motorsikal, namun tiada kemalangan jiwa dilaporkan.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat Sabah, pusat gerakan operasinya menerima panggil kecemasan melalui talian MERS999 pada pukul 2.18 petang.

Sehubungan itu, sepasukan bomba melibatkan seorang pegawai dan tujuh anggota bergegas ke tempat kejadian yang terletak 30 kilometer dari Balai Bomba dan Penyelamat Kimanis.

“Api dapat dikawal pada pukul 2.35 petang dan operasi tamat sepenuhnya kira-kira 30 minit kemudian,” kata jabatan itu.

Sumber: BorneoToday

638