KWSP Umum Dividen 5.45 Peratus Bagi Simpanan Konvensional, 5.0 Peratus Simpanan Shariah

KUALA LUMPUR: Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mengumumkan dividen 5.45 peratus bagi Simpanan Konvensional dan 5.0 peratus bagi Simpanan Shariah untuk tahun kewangan 2019.

KWSP dalam kenyataannya berkata, pembayaran dividen bagi Simpanan Konvensional adalah RM41.68 bilion, manakala bagi Simpanan Shariah 2019 adalah RM4.14 bilion.

KWSP pada tahun lalu mengumumkan kadar dividen sebanyak 6.15 peratus untuk Simpanan Konvensional 2018, dengan agihan dividen sebanyak RM43 bilion dan 5.9 peratus untuk Simpanan Shariah, dengan agihan dividen RM4.32 bilion.

Angka itu menurun sedikit berbanding kadar pada 2017 yang mana untuk konvensional ialah sebanyak 6.9 peratus manakala syariah sebanyak 6.4 peratus.

Kira-kira 55 peratus pendapatan KWSP adalah daripada pelaburan dalam ekuiti yang menyumbang RM29.28 bilion atau 57.6 peratus daripada keseluruhan pendapatannya pada 2018.

Sumber: Berita Harian

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *