Pemandu Cedera, Lori Balak Sarat Muatan Terbalik

Lori balak hilang kawalan dan terbalik di Jalan Kalabakan-Sapulut.

TAWAU : Sebuah lori membawa muatan kayu balak terbabas sendiri dan terbalik mengakibatkan pemandunya cedera di Batu 7 jalan Kalabakan – Sapulut pada jam 4.15 petang, di sini semalam

Ketua Polis Daerah Tawau ACP Peter Umbuas berkata kemalangan berlaku apabila pemandu lori, 35, terbabit dalam perjalanan dari Kem Batu 21 Jalan Kalabakan – Sapulut menuju ke Stamping kayu balak.

Lori balak hilang kawalan dan terbalik di Jalan Kalabakan-Sapulut.

“Hasil siasatan awal mendapati kemalangan berpunca apabila mangsa hilang kawalan ketika melalui selekoh sebelum terbabas ke sebelah kanan dan terbalik,” katanya dalam kenyataan media di sini hari ini.

Menurutnya, impak kejadian itu pemandu mengalami kecederaan di bahagian muka dan tangan kiri akibat terkena serpihan kaca manakala lori tersebut mengalami kerosakan enjin, pecah cermin hadapan dan kerosakan di bahagian bawah. 

Peter turut mengesahkan pemandu tidak disyaki mabuk dan keadaan cuaca pada kejadian tersebut baik manakala jalan raya juga berkeadaan baik serta bertar kedua-dua hala dan kes disiasat mengikut  Kaedah 10 LN 166/59.

Lori balak hilang kawalan dan terbalik di Jalan Kalabakan-Sapulut.

Sumber: Utusan Borneo

1079