6 Lelaki Tempatan Ditahan Selepas Menagih Dadah Di Kinarut

Enam lelaki yang ditahan selepas terlibat dalam aktiviti penyalahgunaan dadah di sekitar Kinarut. – Gambar Ihsan IPD Papar

PAPAR: Polis berjaya menahan enam lelaki tempatan selepas didapat terlibat dalam aktiviti penagihan dadah di sekitar daerah ini.

Ketua Polis Daerah Papar Deputi Superintendan Batholomew Umpit berkata, kesemua penagih berumur 20 hingga 30-an itu ditahan sepasukan anggota dari Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik (BSJN) IPD Papar dalam satu operasi yang dijalankan di sekitar kawasan Kinarut di sini.

“Kesemua suspek positif dadah jenis methampetamine dan amphetamine selepas menjalankan ujian air kencing di IPD Papar dan kes akan disiasat mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952,” katanya.

Beliau berkata kejayaan tangkapan ini adalah salah satu usaha PDRM khususnya IPD Papar dalam mengatasi masalah penyalahgunaan dadah disamping mencegah aktiviti jenayah di daerah Papar.

Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan dadah di daerah ini dinasihatkan untuk memaklumkan kepada PDRM khususnya IPD Papar.

Sumber: Utusan Borneo

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *