Lelaki Parah Jatuh Dari Tingkat Tiga Di Bandaran Berjaya

Lokasi mangsa terjatuh dari tingkat tiga sebuah bangunan di Bandaran Berjaya, Kota Kinabalu. Gambar Juwan Riduan

KOTA KINABALU: Seorang lelaki kritikal selepas dipercayai terjatuh dari tingkat tiga bangunan berhampiran sebuah restoran di Bandaran Berjaya di sini, awal pagi tadi.

Mangsa berusia 24 tahun ditemukan orang awam dalam keadaan terbaring sebelum menghubungi polis jam 3.23 pagi.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner Habibi Majinji berkata, siasatan awal mendapati mangsa dipercayai tergelincir dari belebas di tingkat tiga.

“Mangsa yang parah di kepala dikejarkan ke Hospital Queen Elizabeth (HQE I) dengan ambulans dan dilaporkan dalam keadaan kritikal,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Habibi berkata, mangsa adalah warga tempatan dan polis masih menjalankan siasatan lanjut bagaimana mangsa terjatuh.

Katanya, setakat ini kejadian itu tidak mempunyai unsur-unsur jenayah.- Harian Metro

875