Isteri Allahyarham Ashraf Sinclair, Bunga Citra Lestari atau BCL menempah liang lahad jenis ‘semi private’ untuk dua orang atau berpasangan kerana mahu disemadikan bersebelahan kubur suaminya.
Ketua Pegawai Eksekutif tanah perkuburan San Diego Hills, Suziani Japardy berkata, Bunga mahu ‘berdampingan’ dengan suaminya apabila dia meninggal dunia nanti.
“Itu sudah dirancang oleh BCL. Dia tidak mahu berseorangan. Pengurusnya yang menghubungi saya untuk tempahan itu,” katanya memetik laporan Detik.Hot.
Menurut Suziana, tempahan terbabit dibuat menerusi pengurus BCL, Doddy dengan harga RM79,000 (260 juta Rupiah) termasuk dekorasi.
Jenazah Ashraf selamat dikebumikan selepas solat Asar di tanah perkuburan San Diego Hills.
Ashraf menghembuskan nafas terakhir pada 4.51 pagi ini waktu tempatan akibat serangan jantung.
Sumber: Harian Metro