Puluhan Rumah Setinggan Musnah Dalam Kebakaran Di Semporna

Kebakaran di Kampung Inabah Kamal, Semporna. – Foto Ihsan Pasar Malam Semporna

SEMPORNA: Puluhan rumah musnah dalam kebakaran di Kampung Inabah Kamal dekat sini, kira-kira jam 8 malam tadi.

Ketika ini, anggota bomba dan penyelamat masih bertungkus lumus mengawal kebakaran yang dipercayai bermula dari sebuah rumah di situ sebelum merebak ke kediaman lain sekitar penempatan setinggan itu.

Kebakaran di Kampung Inabah Kamal, Semporna. – Foto Ihsan Pasar Malam Semporna

Ketua Balai Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Semporna, Fazizul Hizam Borhan, berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 8.02 malam.

Katanya, empat buah jentera bersama 17 anggota dikejarkan ke lokasi kejadian dan tiba kira-kira lima minit kemudian.

“Operasi memadam kebakaran sedang giat dijalankan dan jumlah sebenar rumah yang terlibat belum dapat dipastikan,” katanya. – Berita Harian

Kebakaran di Kampung Inabah Kamal, Semporna. – Foto Ihsan Pasar Malam Semporna
Kebakaran di Kampung Inabah Kamal, Semporna. – Foto Ihsan Pasar Malam Semporna
10089