PPM Gagalkan Cubaan Seludup Petrol, Diesel Ke Negara Jiran

Foto Ihsan PPM

KUDAT: Cubaan seorang juragan menyeludup petrol dan diesel menggunakan bot nelayan ke negara jiran gagal apabilla ditahan Pasukan Polis Marin (PPM) di kawasan Jeti Angkasa Lama, di sini, semalam.

Juragan warga tempatan berusia 51 tahun dan krunya ditahan anggota Unit Risik Marin (URM) PPM Kudat ketika menjalankan Ops Landai Khas, jam 8.30 malam.

Komander PPM Wilayah 4 Sabah, Asisten Komisioner Mohamad Pajeri Ali berkata, bertindak atas maklumat, menahan seorang juragan dan seorang kru bot di kawasan jeti berkenaan.

Foto Ihsan PPM

“Hasil pemeriksaan menemui sebanyak 550 liter petro dan 1,600 diesel di atas bot berkenaan.

“Semua barang itu dipercayai cuba diseludup ke negara jiran menggunakan bot nelayan,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.

Mohamad Pajeri berkata, nilai keseluruhan rampasan bernilai RM8,3762.

“Tangkapan dan rampasan dibawa ke Markas Operasi PPM Kudat untuk tindakan lanjut.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 21 Akta Kawalan Bekalan 1961,” katanya.

Foto Ihsan PPM
305